Thursday, May 21, 2009

TERBARU: MODAL RM1.00 UNTUNG RM2.00

MULTI PURPOSE DETERGENT @ PENCUCI SERBAGUNA
AGEN DIPERLUKAN SELURUH NEGARA
MODAL RM1.00 DAPAT UNTUNG RM2.00 
BERMINAT MENJADI AGEN SILA HUBUNGI SAYA
013-5931716 (RIZAL)

Monday, March 30, 2009

PROMOSI TERBARU


HARGA PROMOSI SPRAY BOTTLE 8ML


Monday, March 23, 2009

Gambar Produk Minyak Wangi






KEPADA YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK DIATAS

KETERANGAN LANJUT:

call/ sms 013 5931716

myperfume2u@gmail.com

DAH TAK SABAR-SABAR NAK ODER 

Please made your payment to:

Maybank account no:157410056743

Account name: SHAIDAH BINTI SHAMSUDDIN

After payment done, please EMAIL to below info to myperfume2u@gmail.com for verify payment & process shipping.

Examples format as follow

Payment:RMXXX

Payment method:Maybank2u/cash in ATM or counter/.others bank transfer

Date/time of payment:20/03/20090,2:12 pm

ID and item ID:XXX/XXXX

NAME:

ADDRESS:

H/P NUMBER:

EMAIL:

Nak CEPAT Tempahan sila SMS Maklumat Diatas Ke013-5931716. Tempahan akan dihantar dalam tempoh 3 hari bekerja dengan City Link Ekpress.

Saturday, March 21, 2009

PART TIME JUAL MINYAK WANGI TANPA ALKOHOL



PART TIME JUAL MINYAK WANGI 

Minyak Wangi Tanpa Alkohol Keluaran Shariz Multi Trading

Pewangi yang standing jenama antarabangsa

Setiap set mengandungi 12 botol dengan kapasiti 8 ml inspirasi jenama antarabangsa . Dibotolkan dalam botol spray dan terdapat 6 wangian lelaki dan 6 wangian wanita


Bauan bertahan selama 12 jam serta boleh digunakan untuk solat. Sangat sesuai untuk kegunaan sendiri serta hadiah kepada seseorang yang istimewa dengan harga berpatutan

Wangian Wanita

Inspired by Be Delicious (DKNY)

Inspired by Black XS (Paco Rabbane)

Inspired by Pure Purple (Hugo Boss)

Inspired by Euphoria (Calvin Klien)

Inspired by Still (Jenifer Lopez)

Inspired by Burberry (Burberry)

Wangian Lelaki

Inspired by Hugo Men (Hugo Boss)

Inspired by Polo Sport (Ralph Lauren)

Inspired by Hugo XY (Hugo Boss)

Inspired by Dunhill Desire (Alfred Dunhill)

Inspired by Boss (Hugo Boss)

Inspired by Eternity for Men (Calvin Klien)

HAGRA PROMOSI RM100.00 UNTUK 2 SET (24 botol)

KOS PENGHANTARAN RM20.00

PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA


KETERANGAN LANJUT:

call/ sms 013 5931716

myperfume2u@gmail.com


BERMINAT NAK JOIN AHLI: 

Please made your payment to:

Maybank account no:157410056743

Account name: SHAIDAH BINTI SHAMSUDDIN

After payment done, please EMAIL to below info to myperfume2u@gmail.com for verify payment & process shipping.

Examples format as follow

Payment:RMXXX

Payment method:Maybank2u/cash in ATM or counter/.others bank transfer

Date/time of payment:20/03/20090,2:12 pm

ID and item ID:XXX/XXXX

NAME:

ADDRESS:

H/P NUMBER:

EMAIL:

Nak CEPAT Tempahan sila SMS Maklumat Diatas Ke 013-5931716. Tempahan akan dihantar dalam tempoh 3 hari bekerja dengan City Link Ekpress.

Cash On Collection (COC) Hanya di negeri Pulau Pinang dan collect di Kepala Batas

Wednesday, February 25, 2009

Perbandingan - Hubungan antara Manusia & Buah

Hubungan antara manusia & buah-buahan 
 
Jangan suka mendedah tubuh

Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus. 
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu. 

 
Setia terhadap pasangan 

Jadilah seperti pohon pisang. 
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.
 
 
Kecantikan dalaman

Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong. 
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. 
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.
 
 
Jaga kesucian dalam bergaul 

Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut,  tetapi umbinya tetap putih bersih. 

 
Selalu bertindak adil
 
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan. 
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar. 

 
Semakin tua semakin bijaksana 

Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas. 

 
Jangan bermuka-muka
 
Jadilah seperti buah manggis. 
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.
 
 
Menjadi banyak manfaat
 
Jadilah seperti buah dada.
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga! 

 
Opsss! Jgn marah yaaa...hehehe…. 


p/s: ader org tersenyum la... 

Renungan -7 Jenis Cinta

Apa saja cerita cinta itu?? Jom..

1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..

2.. CINTA PEMBIMBING
Hmm..yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yg juga boleh menjadi 'guru', seorang yg blh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat @ diri kita. 

3. CINTA MENGGODA
Seseor yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat…mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la…

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah 'terikat' atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, 'terikat' itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup sukar ditepis. 

6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think positive!

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan…

Apa yg pasti…cinta yg Agung itulah yg kekal abadi…kasih manusia sering bermusim…sayang manusia tiada abadi…Kasih Tuhan tiada bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti..

Analisis Kesuburan

Analisis Kesuburan 

Pada satu hari, seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah berjumpa dengan 
seorang doktor untuk membuat analisis kesuburan dan jumlah kandungan 
sperma yang ada dalam air maninya. Kemudian doktor itu pun memberikan 
sebuah botol lalu berkata, 

"Pakcik ambil botol nie, esok datang balik jumpa saya bersama dengan 
contoh air mani pakcik kat dalam botol nie ye." 

Pada keesokan harinya, lelaki tua datang kembali bersama botol yang 
diberikan oleh doktor itu semalam. Tapi doktor tu tengok takde apa pun 
yang terisi kat dalam botol tu, kosong jer. Doktor tu bertanya ler kat 
orang tua tu, "Apsal pakcik tak isi contoh air mani pakcik dalam botol 
nie??". 

Lelaki tua tu pun menjawab, "Tuan doktor, ceritanya begini, pada mulanya 
tu, saya guna tangan kanan saya, tapi tak dapat jugak. Kemudian saya 
gunakan plak tangan kiri, pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri 
saya tolong. Isteri saya guna tangan kanan pun tak dapat, tangan kiri pun 
tak dapat. Kemudian isteri saya pakai mulut plak, tak dapat jugak. Pas tu 
dier gunakan gigi, pun tak dapat. Susah betul, sebab kami dah habis 
ikhtiar, saya panggil anak perempuan jiran sebelah rumah kami, dier pakai 
tangan dengan mulut jugak, pun tak dapat-dapat jugak", terang lelaki tua 
tu. 

"APA??? Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..???", tanya 
doktor tu terkejut beruk. Lelaki tua tu pun menjawab lagi, 

"Ya., betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami cuba, tapi masih jugak tak 
dapat nak bukak TUTUP BOTOL nie!!!"... 

Lawak -1 to 8

Gabra punye pasal.... 

 

Al kisah ada la satu famili…yang penghuni ayah dan mak mertua, anak dan menantu serta sorang cucu.satu hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu depan dia. tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang dada... kelam kabut dia ..pastu bini , mak mertua dia pun datang terkam..semua terkejut.. semua dah gabra..sambil pegang2 dada…
ayah mertua dia pengsan.. tak sedar diri..pastu macam sedar tak sedar..
menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia yang ribakan. dia gabra jugak…pastu bini dia pun suruh sambil tolak2 bahu… mak dia suruh lagi…


dah le gabra sgt, dia pun buat.. dia letak kat telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap…
"MA ROBBUKA…." ""
terkejut bini dan mak mertua dia..
tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound.. "OII..AKU TAK MATI LAGI CIS…'"" sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia.. sengeh aje la si menantu "Sekurangnya pak mentua dah bangn"..katanya dalam hati.
sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal..dia dah jadi malaikat..

 

Pak pandir masuk mc'd 

 

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki
lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..

Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu...
Ahmad: Air... Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air... Bagi air coke yer...
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik... bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...
Ahmad : hoi... yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah... takder otak ker?

Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...

 

 

kisah luahan ati.... 

 

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21..3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.


Jadi tinggal 20 juta orang..

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).


Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.


Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana.... tinggal dalam hutan.


Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).


Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).


Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara..


Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini.... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian

Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat..

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak...
:-D.......:-D
hahahahHEHEHEH

 

Jenis-jenis ketawa dengan bunyi sound effectnye... 

1.   Ketawa orang kaya             :- HA HA HA HA HA!! [sambil perut boroi gegar gegar bergegar gegar..!]
2.   Ketawa terbahak-bahak     :- Hark hark hark [hark tuih..!, bnyk sgt gelak smpi terkluar kahak]
3.   Ketawa kebaratan               :- Heh heh heh heh [smbil mulut nyerong cam mr bean]
4.   Ketawa sambil tutup mulut:- hhm hhm hmh hhm [smbil bahu goyang2 melawan impact]
5.   Ketawa berdekah-dekah    :- Kah kah kah kah [air liur bersembur2 kat skrin pc]
6.   Ketawa pontianak               :- Kih kih kih hieeeeee..hhieeeeeeeeeeee....! [terbang2 landing ateh tingkap]
7.   Ketawa eksyen                    :- heh heh heh heh heh [sila bayangkan muke babun]
8.   Gelak besar                          :- Muahhaaaaahaha *ketawa jin/* [anda nak poweerrrrr??!!!]
9.   Ketawa panjang                 :- Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha lagi skali ha ha ha ha ha x1000
10. Ketawa orang sakit            :- Kih kih kih kih kih *khoh* kih kih kih kih *khoh khohkkk*
11. Ketawa maut                      :- Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok...Neno, neno, neno (Bunyi ambulan)
12. Ketawa bergolek-golek      :- kakakikikukuk tedepek! [tgolek jatuh]
13. Ketawa jimat cermat          :- ahakz
14. Ketawa tak ikhlas                :- kah!
15. Ketawa dalam mabuk         :- hik hik hik heeeeeeee hik hik
16. Ketawa ngada-ngada         :- hek hek hek [rase nak lempang je haha!]
17. Ketawa sindir                      :- heheh [bygkan muka sardlin a.r]

 

Sajak Khas buatmu si A...iskkk iskkk iskkk 

 

A,
Maaf kerana tidak dapat membantu mu
Di kala parang ayah mengurang
Di kala wajah ayah memerah
Di kala suaramu tersekat

A,
Maafkan sekali lagi
Bukan aku tidak mahu membantu
Bukan aku tidak sayu
Bukan...Bukan....Bukan...

A,
Tika ayah mengacu parangnya
Hatiku meruntun sayu
Melihat kau cuba lari bertempiaran
Bersama rakan-rakan
Untuk hidup sehari lagi

A,
Realitinya aku tidak mampu
Menghulurkan tangan untuk kau sambut
Supaya dapat ku bawa kau lari
Jauh dari parang ayah....

A,
Aku tidak mengerti
Mengapakah ayah terlalu benci akan dirimu?
Aku sudah tidak sanggup lagi melihat sandiwara ini
Aku hanya mampu menjadi pemerhati
Bersama seribu belas dihati
Bersama kasih yang tebal di nurani
Namun aku hanya seorang insan biasa

A,
Larilah kau
Jangan menyerah pada ayahku yang kejam itu

Ah A,
Tidak dapat aku gambarkan
Dikala parang ayah menetak lehermu
Air mataku mengalir menuruni pipi
Tak tertahan lagi...sedih...sayu...

Yeah...!
Seluruh isi keluargaku bersorak
Semua berpesta
Atas kematian mu...?

A...Ayamku....
Kematianmu, nyata amat pedih
Tetapi kau menjanjikan
santapan istimewa untuk kami
Ayam goreng bersambal!!!
Nyam...nyammm...Nyammm..

 

Kisah benar ni...

Cerita 1.

Lokasi : One fast food outlet kat KL

Aku ngan kawan aku tgh nak oder makan. Datanglah one girl
yang prasan vogue dgn high heel dan fancy skirtnya kat seblah aku,
dengan yakin dan brani cakap kat kounter, 'MAY I HAVE SOME MORE SILLY COS (CILI SOS)?'.

Dgn brani gak aku ngan kwn aku gelak kuat2...

Cerita 2.

Lokasi : Bilik Darjah (Abang aku jd monitor)

Cikgu masuk kelas. Sebagai ketua darjah yang berkaliber abang aku
jerit:

BANGIN !!( BANGUN DAN BANGKIT)

Eh! bangin lak.. BANGKUT!!!!

Esoknya abang aku tak gi skola 2 hari...

Sekian.

 

Cerite budak-budak sekola menegah gi rombongan... 

 

Salah sebuah sekolah menegah dari simpang rengam membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya.

Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu.

"Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni..." pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya.

"Nak buang air besar.....? Hishhh.., perasaan awak sahaja tu!!" sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.

"Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni" rayu murid itu..

"Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik" balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu.

"Tolonglah Pak Cik....." rayu murid itu terus.

"Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu....."

Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi.. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi.

"Eh..., awak berak ke? Busuknya...???"

Murid itu pula dengan selamba menjawab. " Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""

 

 

Cerite dari seorang junior.... 

 

Peristiwa nih masa aku belajar dulu....tapi bukan pasal aku arr...pasal senior aku yg giler pandai cover malu....

Nak dijadikan cerita, kat luar pintu gerbang kampus aku nih aderlah stesen minyak mini (bebudak kampus kata stesen minyak tuh campur ayaq dalam minyak..takderlah aku check pulak)kitorang yg takde fulus dan menggunakan khidmat sewa kete selalunya selalu isi minyak dulu kat situ dalam 5 hengget sebelum betul2 sampai town. Satu hari tu, kawan aka senior aku ni menumpanglah kete kawan dia (seingat aku, kete kancil kaler putih)..masa tu dia menumpang kat seat belakang arr... sampai je kat stesen minyak tu, masa tu member dia park betul2 kat tempat isi minyak tu...mamat tu tetiba teringin nak makan pisang  goreng yang gerainya tak jauh dari situ...dia kuar dr kete sementara kawannya menunggu kereta diisi minyak....

Dekat 10 minit jugak mamat tu kat gerai pisang goreng tanpa disedarinya kawan2nya dah selesai isi minyak dan kawan2 nya menunggu dia kat jalan depan sikit dr stesen minyak tu.... KEBETULAN pulak ader pulak kete kancil lain yang kaler putih jugak ambik alih kete kawan dia kat tempat isi minyak tu....hehehehe tak silap aku, penumpang kete tue couple kot.....

Lepas je dapat pisang goreng, dengan yakinnya mamat tadi terus masuk kete yang disangkanya kete kawannya...tanpa melihat pemandu n penumpang di hadapan.....mamat tu sempat membebel pasal ape ntah....Tibe2 kedengaran suara pemandu kereta tu: " Errr...... encik...boleh saya tolong???" Punyalah terkujat mamat tu apabila baru menyedari dirinya dah tersilap kereta..didepannya sepasang kekasih yang kelihatan blur dan terperanjat melihat dia dengan penuh suspen. Ekekekekeke..punyalah gelabah tapi masih sempat berfikir..mamat ni pon cakaplah......

"Oooooo...saya baru beli pisang goreng kat kedai makcik tu....saje nak soh korang rasa..amiklah...jangan segan2" seraya menyuakan seplastik pisang goreng, mamat tu berkata dengan yakin.... tapi couple tu menggeleng...risau agaknya mamat tu weng...last2 mamat tu bg alasan..... "takpelah....terima kasihla sebab korang sudi luangkan masa" ...masa mamat tu cerita balik kat kitorang...dia tahan je malu... terus je dia kuar....tetiba je baru perasan kete kawan dia kat depan jalan.....

Dengan covernya, dia jalan pelan2 kat kete kawannya (kalau lari, nampak sangat dah kantoi)....tapi ghopenya kawan2nya dah bantai gelak guling2 dalam kete sebab dah ternampak mamat tu masuk silap kete...kesian kat kawan aku tuh, tapi mujurlah panjang akalnya cover malu....uhuhuuhuhuuh 

Thursday, December 11, 2008

Kenapa Wanita Merajuk

SIKAP lelaki yang dikatakan tidak peka dengan kehendak dan keperluan wanita dikenal pasti antara punca yang boleh menimbulkan ketegangan dalam perhubungan, sekali gus boleh membawa kepada putusnya hubungan sekiranya tiada percubaan untuk meleraikan kekusutan yang timbul.

Perbezaaan pendapat juga secara tidak langsung boleh menimbulkan salah faham terutama dalam perhubungan yang terjalin.

Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Pelbagai tanggapan diberikan terhadap wanita di atas sikap dan perlakuan wanita yang dilihat secara kasarnya begitu sensitif dan emosional dalam menangani isu yang berkaitan..

Disebabkan kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah itulah menyebabkan wanita banyak dikaitkan dengan elemen kelemahan seperti bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya, suka sakit hati, rajuk hati, kecil hati hingga sikap ini membuat wanita menjeruk hati dan makan hati.

Sikap sebegitu dilihat satu kelemahan bagi wanita kerana mereka dikatakan tidak rasional dan kurang fokus terhadap masalah yang dihadapinya. Malah, wanita dilihat tidak berupaya untuk menjalankan kerja yang lebih berat khususnya mengetuai sesuatu jabatan atau pasukan disebabkan kawalan emosi yang lemah dalam menangani sesuatu permasalahan.

Satu kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan lelaki berpendapat isu seperti tidak mengingati tarikh istimewa khususnya hari jadi teman wanita dan ulang tahun adalah perkara remeh sedangkan wanita menganggap peristiwa berkenaan sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup mereka.

Kajian itu adalah untuk mengetahui persepsi responden terhadap aspek merajuk dan apa tindakan dalam mengatasi sikap merajuk yang dianggap boleh menyebabkan keruntuhan sesuatu perhubungan.

Begitupun, tidak kira apapun tanggapan negatif terhadap turun naik emosi wanita itu yang menyebabkan mereka sering bertindak di luar kawalan, wanita itu sendiri ada alasan tersendiri terhadap setiap sikap itu.

Dalam kajian yang dijalankan terhadap lebih 100 responden berusia antara 25 tahun hingga 47 tahun itu, didapati jawapan responden wanita hanya difokuskan kepada aspek kekeluargaan dan sikap pasangan mereka, dan tidak ditumpukan pada aspek rakan serta kerjaya meskipun soalan dikemukakan tidak tertumpu kepada perhubungan tertentu.

Ada responden wanita yang menyatakan mereka mudah berkecil hati apabila teman lelaki atau suami mereka tidak memuji masakannya atau memuji wanita lain di hadapan mereka.

Dalam hubungan itu, berdasarkan pemerhatian lelaki akan cuba memujuk wanita berkenaan, tetapi apa yang menjadi masalah apabila pada satu peringkat lelaki mulai bosan dengan sikap yang dianggap keterlaluan itu.

Jenuhlah teman lelaki atau suami wanita itu menggunakan pelbagai strategi untuk memujuk hingga menimbulkan kebosanan untuk terus memujuk jika apa juga yang dilakukan tidak diendahkan oleh wanita yang begitu kuat rajuknya itu. Sampai pada satu peringkat, akan kedengaran lelaki yang sudah bosan dengan rajuk wanita dan membiarkan sikapnya.

Malah, dalam kajian yang dilakukan itu ada responden lelaki yang mengatakan wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir. Ini secara tidak langsung menunjukkan jika pada peringkat itu wanita masih bersikap sebegitu, perhubungan yang dijalin mungkin akan sampai ke tahap noktah.

Berdasarkan pelbagai jawapan yang diberikan responden lelaki itu bolehlah dijadikan panduan dan sempadan kepada wanita bahawa merajuk yang keterlaluan akan mendatangkan kebosanan pada pihak lelaki. Janganlah menjadikan merajuk itu sebagai senjata dalam sesuatu perhubungan, tetapi jadikan merajuk itu sebagai satu imej untuk menunjukkan pada suami atau teman lelaki bahawa ada masa dan ketikanya tindakan mereka itu salah dan perlukan satu perubahan bagi membentuk perhubungan yang lebih baik.

Hasilan kajian itu diringkaskan seperti berikut:

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

Mengapa wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb
osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Adik Beradik

Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Bila lelaki Benar-benar jatuh Cinta

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya .

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya .

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan .

Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…. cintailah lelaki… hehehe

99 Bahasa " I LOVE YOU"

English - I love you 

Afrikaans - Ek het jou lief 

Albanian - Te dua 

Arabic - Ana behibak (to male) 

Arabic - Ana behibek (to female) 

Armenian - Yes kez sirumen 

Bambara - M'bi fe 

Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi 

Belarusian - Ya tabe kahayu 

Bisaya - Nahigugma ako kanimo 

Bulgarian - Obicham te 

Cambodian - Soro lahn nhee ah 

Cantonese - Ngo oiy ney 

Catalan - T'estimo 

Cheyenne - Ne mohotatse 

Chichewa - Ndimakukonda 

Corsican - Ti tengu caru (to male) 

Creol - Mi aime jou 

Croatian - Volim te 

Czech - Miluji te 

Danish - Jeg Elsker Dig 

Dutch - Ik hou van jou 

Esperanto - Mi amas vin 

Estonian - Ma armastan sind 

Ethiopian - Afgreki' 

Faroese - Eg elski teg 

Farsi - Doset daram 

Filipino - Mahal kita 

Finnish - Mina rakastan sinua 

French - Je t'aime, Je t'adore 

Gaelic - Ta gra agam ort 

Georgian - Mikvarhar 

German - Ich liebe dich 

Greek - S'agapo 

Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo 

Hiligaynon - Palangga ko ikaw 

Hawaiian - Aloha wau ia oi 

Hebrew - Ani ohev otah (to female) 

Hebrew - Ani ohev et otha (to male) 

Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw 

Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae 

Hmong - Kuv hlub koj 

Hopi - Nu' umi unangwa'ta 

Hungarian - Szeretlek 

Icelandic - Eg elska tig 

Ilonggo - Palangga ko ikaw 

Indonesian - Saya cinta padamu 

Inuit - Negligevapse 

Irish - Taim i' ngra leat 

Italian - Ti amo 

Japanese - Aishiteru 

Kannada - Naanu ninna preetisuttene 

Kapampangan - Kaluguran daka 

Kiswahili - Nakupenda 

Konkani - Tu magel moga cho 

Korean - Sarang Heyo 

Latin - Te amo 

Latvian - Es tevi miilu 

Lebanese - Bahibak 

Lithuanian - Tave myliu 

Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu 

Malayalam - Njan Ninne Premikunnu 

Mandarin Chinese - Wo ai ni 

Marathi - Me tula prem karto 

Mohawk - Kanbhik 

Moroccan - Ana moajaba bik 

Nahuatl - Ni mits neki 

Navaho - Ayor anosh'ni 

Norwegian - Jeg Elsker Deg 

Pandacan - Syota na kita!! 

Pangasinan - Inaru Taka 

Papiamento - Mi ta stimabo 

Persian - Doo-set daaram 

Pig Latin - Iay ovlay ouyay 

Polish - Kocham Ciebie 

Portuguese - Eu te amo 

Romanian - Te ubesk 

Russian - Ya tebya liubliu 

Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort 

Serbian - Volim te 

Setswana - Ke a go rata 

Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing ' Love You' 

Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan 

Sioux - Techihhila 

Slovak - Lu`bim ta 

Slovenian - Ljubim te 

Spanish - Te quiero / Te amo 

Swahili - Ninapenda wewe 

Swedish - Jag alskar dig 

Swiss-German - Ich lieb Di 

Tagalog - Mahal kita 

Taiwanese - Wa ga ei li 

Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe 

Tamil - Nan unnai kathalikaraen 

Telugu - Nenu ninnu premistunnanu 

Thai - Chan rak khun (to male) 

Thai - Phom rak khun (to female) 

Ukrainian - Ya tebe kahayu 

Urdu - mai aap say pyaar karta hoo 

Vietnamese - Anh ye^u em (to female) 

Vietnamese - Em ye^u anh (to male) 

Welsh - 'Rwy'n dy garu 

Yiddish - Ikh hob dikh 

Yoruba - Mo ni fe 

Monday, November 24, 2008

Nasib Menyebelahi ku

22hb November 2008 Sabtu

Hari ni ada kenduri di rumah mak sedara sebelah bini aku.
Kenduri kecik je dan rombongan hantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan di SP.
Apa yang nak jadi cerita kami adalah orang last ikut serta. Dah la sesat dan nak jadi cerita lagi handphone aku lak cicir masa isi minyak. Dekat dengan Shell Bidong. Gelabah la cari mana hilang. 
Nasib menyebelahi aku , aci yang jaga pump minyak simpan aku punya handphone. 
Kalau tak dah lesap la tel aku tu dan sapa2 yang aku kenai pun susah nak cari. 

Nak sampai rumah pengantin pun punya la susah. Dah la ikut lambat .... sesat lak. Silap masuk kg dan taman lagi. 

Tapi last2 jumpa gak walaupun dekat 1 1/2jam melilau cari dengan petunjuj yang diberi.

Aku lak dari hari khamis hingga Ahad kena jaga ekspo dgn HCJ @ Matahir. Tahun ni tak berapa meriah macam tahun2 yang lepas. 
Tapi atas tugas dan harapan yang diberikan kami berdua buat la heboh2 kat tapak tu macam biasa dengan lagu dan celoteh kami.

So disini aku pun keletihan. Jd hari selasa ada PTK kat Ipoh .... satu apa pun tak baca... 

Buat je la apa yang mampu..... harap2 boleh jawab la esok.

Untuk semua yang baca ni aku merapu apa tah la ye......  BACA je la 

Friday, November 14, 2008

HnH Perfume 10ml Roll dah SIAP untuk PASARAN

Set WANITA

Set LELAKI

10 Jenis HnH Perfume 10ml Roller 

Seperti yang dikatakan sebelum ini, produk baru akan keluar dan kini dah siap untuk pasaran. 10 jenis bau yang berlainan dibuat dan ada 5 set untuk WANITA dan 5 set untuk LELAKI

Bau-bau yang dipilih adalah yang terbaik dan untuk lihat maklumat lebih lanjut sila lawati 
Disini ada keterangan lanjut dan promosi terkini.


Bagi yang berminat nak oder minyak wangi ini sila la jenguk web site diatas.

Tuesday, November 11, 2008

11.11.2008 aku menaip ....


hari ni aku dapat tambah modal lagi dari rakan niaga aku....

so boleh la tambah apa2 yang patut untuk produk aku ni....

selain itu dengan beban kerja esok yang datang :-

1. meeting anugerah projek (en zaki)
2. poster insentif (rohaizat)

Yang lain2 pun ada lagi tapi ini yang esok 12/11/2008 akan buat. 

Mlm ni ambik perfume  dan maybe kena isi skit sebanyak dlm botol & yang buat sampel pun kena gak.

Harap2 rezeki hujung tahun semakin bertambah. 
ptg td ada dari melaka dan kelantan nak oder minyak. so kena la prepair.

semoga hari mendatang akan memberi rezeki yang berlipat kali ganda ...... insyaallah

Thursday, November 6, 2008

Promosi terbaru HnH Perfume 10ml


Iklan terbaru untuk semua .......
"Kami berhasrat membina empayar minyak wangi tanpa alkohol dengan memperkuatkan ekonomi setiap keluarga dengan memperkenalkan konsep SATU KELUARGA SATU USAHAWAN yang mampu memiliki pendapatan sendiri"

TAWARAN ISTIMEWA KEPADA ANDA YANG INGIN MENJADI PENGEDAR PRODUK TERBARU HnH PERFUME

BERMINAT !!!

Bayaran ke akaun Maybank : 157308001388 (MUHD RIZAL ZAINAL)

SMS ataupun email (Nama, Alamat, Jum. Pek, Amaun Bayaran,Tarikh & Masa Pembayaran)

ke 013-5931716 @ shariztrading@yahoo.com

PENGHANTARAN PRODUK PERCUMA

Penghantaran produk akan dilakukan setelah bayaran disahkan dan akan dihantar menggunakan City Link ekpress secara PERCUMA**.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor diatas.

Wednesday, November 5, 2008

Produk Baru - HnH Perfume 10ml


Projek baru minyak wangi

Buat botol roll dalam proses dan akan keluar dalam skit masa maybe minggu depan.
Sapa nak tgk contoh botol boleh ke laman web aku www.myincome2u.com/shariz 

Kepada yang berminat nak cuba boleh la tempah dari sekarang. 
Ada 10 jenis bau .... 5 wanita dan 5 lelaki

Antara bauan tersebut adalah 
•Dunhill, Polo Sport, Boss, Hugo XX,CK in 2U Him (lelaki)
•Uphoria, B’Delliecius, Black XS, Violet, Pure Purple (wanita)
Harga Jualan RM15.00 / botol

ini adalah label yang bakal ku guna pada botol minyak wangi ku....

Label yang akan digunakan untuk produk for MEN

Label yang akan digunakan untuk produk for WOMEN

Sila tunggu nak tgk hasil produk akhir ye........