Thursday, December 11, 2008

Kenapa Wanita Merajuk

SIKAP lelaki yang dikatakan tidak peka dengan kehendak dan keperluan wanita dikenal pasti antara punca yang boleh menimbulkan ketegangan dalam perhubungan, sekali gus boleh membawa kepada putusnya hubungan sekiranya tiada percubaan untuk meleraikan kekusutan yang timbul.

Perbezaaan pendapat juga secara tidak langsung boleh menimbulkan salah faham terutama dalam perhubungan yang terjalin.

Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Pelbagai tanggapan diberikan terhadap wanita di atas sikap dan perlakuan wanita yang dilihat secara kasarnya begitu sensitif dan emosional dalam menangani isu yang berkaitan..

Disebabkan kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah itulah menyebabkan wanita banyak dikaitkan dengan elemen kelemahan seperti bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya, suka sakit hati, rajuk hati, kecil hati hingga sikap ini membuat wanita menjeruk hati dan makan hati.

Sikap sebegitu dilihat satu kelemahan bagi wanita kerana mereka dikatakan tidak rasional dan kurang fokus terhadap masalah yang dihadapinya. Malah, wanita dilihat tidak berupaya untuk menjalankan kerja yang lebih berat khususnya mengetuai sesuatu jabatan atau pasukan disebabkan kawalan emosi yang lemah dalam menangani sesuatu permasalahan.

Satu kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan lelaki berpendapat isu seperti tidak mengingati tarikh istimewa khususnya hari jadi teman wanita dan ulang tahun adalah perkara remeh sedangkan wanita menganggap peristiwa berkenaan sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup mereka.

Kajian itu adalah untuk mengetahui persepsi responden terhadap aspek merajuk dan apa tindakan dalam mengatasi sikap merajuk yang dianggap boleh menyebabkan keruntuhan sesuatu perhubungan.

Begitupun, tidak kira apapun tanggapan negatif terhadap turun naik emosi wanita itu yang menyebabkan mereka sering bertindak di luar kawalan, wanita itu sendiri ada alasan tersendiri terhadap setiap sikap itu.

Dalam kajian yang dijalankan terhadap lebih 100 responden berusia antara 25 tahun hingga 47 tahun itu, didapati jawapan responden wanita hanya difokuskan kepada aspek kekeluargaan dan sikap pasangan mereka, dan tidak ditumpukan pada aspek rakan serta kerjaya meskipun soalan dikemukakan tidak tertumpu kepada perhubungan tertentu.

Ada responden wanita yang menyatakan mereka mudah berkecil hati apabila teman lelaki atau suami mereka tidak memuji masakannya atau memuji wanita lain di hadapan mereka.

Dalam hubungan itu, berdasarkan pemerhatian lelaki akan cuba memujuk wanita berkenaan, tetapi apa yang menjadi masalah apabila pada satu peringkat lelaki mulai bosan dengan sikap yang dianggap keterlaluan itu.

Jenuhlah teman lelaki atau suami wanita itu menggunakan pelbagai strategi untuk memujuk hingga menimbulkan kebosanan untuk terus memujuk jika apa juga yang dilakukan tidak diendahkan oleh wanita yang begitu kuat rajuknya itu. Sampai pada satu peringkat, akan kedengaran lelaki yang sudah bosan dengan rajuk wanita dan membiarkan sikapnya.

Malah, dalam kajian yang dilakukan itu ada responden lelaki yang mengatakan wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir. Ini secara tidak langsung menunjukkan jika pada peringkat itu wanita masih bersikap sebegitu, perhubungan yang dijalin mungkin akan sampai ke tahap noktah.

Berdasarkan pelbagai jawapan yang diberikan responden lelaki itu bolehlah dijadikan panduan dan sempadan kepada wanita bahawa merajuk yang keterlaluan akan mendatangkan kebosanan pada pihak lelaki. Janganlah menjadikan merajuk itu sebagai senjata dalam sesuatu perhubungan, tetapi jadikan merajuk itu sebagai satu imej untuk menunjukkan pada suami atau teman lelaki bahawa ada masa dan ketikanya tindakan mereka itu salah dan perlukan satu perubahan bagi membentuk perhubungan yang lebih baik.

Hasilan kajian itu diringkaskan seperti berikut:

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

Mengapa wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb
osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Adik Beradik

Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Bila lelaki Benar-benar jatuh Cinta

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya .

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya .

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan .

Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…. cintailah lelaki… hehehe

99 Bahasa " I LOVE YOU"

English - I love you 

Afrikaans - Ek het jou lief 

Albanian - Te dua 

Arabic - Ana behibak (to male) 

Arabic - Ana behibek (to female) 

Armenian - Yes kez sirumen 

Bambara - M'bi fe 

Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi 

Belarusian - Ya tabe kahayu 

Bisaya - Nahigugma ako kanimo 

Bulgarian - Obicham te 

Cambodian - Soro lahn nhee ah 

Cantonese - Ngo oiy ney 

Catalan - T'estimo 

Cheyenne - Ne mohotatse 

Chichewa - Ndimakukonda 

Corsican - Ti tengu caru (to male) 

Creol - Mi aime jou 

Croatian - Volim te 

Czech - Miluji te 

Danish - Jeg Elsker Dig 

Dutch - Ik hou van jou 

Esperanto - Mi amas vin 

Estonian - Ma armastan sind 

Ethiopian - Afgreki' 

Faroese - Eg elski teg 

Farsi - Doset daram 

Filipino - Mahal kita 

Finnish - Mina rakastan sinua 

French - Je t'aime, Je t'adore 

Gaelic - Ta gra agam ort 

Georgian - Mikvarhar 

German - Ich liebe dich 

Greek - S'agapo 

Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo 

Hiligaynon - Palangga ko ikaw 

Hawaiian - Aloha wau ia oi 

Hebrew - Ani ohev otah (to female) 

Hebrew - Ani ohev et otha (to male) 

Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw 

Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae 

Hmong - Kuv hlub koj 

Hopi - Nu' umi unangwa'ta 

Hungarian - Szeretlek 

Icelandic - Eg elska tig 

Ilonggo - Palangga ko ikaw 

Indonesian - Saya cinta padamu 

Inuit - Negligevapse 

Irish - Taim i' ngra leat 

Italian - Ti amo 

Japanese - Aishiteru 

Kannada - Naanu ninna preetisuttene 

Kapampangan - Kaluguran daka 

Kiswahili - Nakupenda 

Konkani - Tu magel moga cho 

Korean - Sarang Heyo 

Latin - Te amo 

Latvian - Es tevi miilu 

Lebanese - Bahibak 

Lithuanian - Tave myliu 

Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu 

Malayalam - Njan Ninne Premikunnu 

Mandarin Chinese - Wo ai ni 

Marathi - Me tula prem karto 

Mohawk - Kanbhik 

Moroccan - Ana moajaba bik 

Nahuatl - Ni mits neki 

Navaho - Ayor anosh'ni 

Norwegian - Jeg Elsker Deg 

Pandacan - Syota na kita!! 

Pangasinan - Inaru Taka 

Papiamento - Mi ta stimabo 

Persian - Doo-set daaram 

Pig Latin - Iay ovlay ouyay 

Polish - Kocham Ciebie 

Portuguese - Eu te amo 

Romanian - Te ubesk 

Russian - Ya tebya liubliu 

Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort 

Serbian - Volim te 

Setswana - Ke a go rata 

Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing ' Love You' 

Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan 

Sioux - Techihhila 

Slovak - Lu`bim ta 

Slovenian - Ljubim te 

Spanish - Te quiero / Te amo 

Swahili - Ninapenda wewe 

Swedish - Jag alskar dig 

Swiss-German - Ich lieb Di 

Tagalog - Mahal kita 

Taiwanese - Wa ga ei li 

Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe 

Tamil - Nan unnai kathalikaraen 

Telugu - Nenu ninnu premistunnanu 

Thai - Chan rak khun (to male) 

Thai - Phom rak khun (to female) 

Ukrainian - Ya tebe kahayu 

Urdu - mai aap say pyaar karta hoo 

Vietnamese - Anh ye^u em (to female) 

Vietnamese - Em ye^u anh (to male) 

Welsh - 'Rwy'n dy garu 

Yiddish - Ikh hob dikh 

Yoruba - Mo ni fe 

Monday, November 24, 2008

Nasib Menyebelahi ku

22hb November 2008 Sabtu

Hari ni ada kenduri di rumah mak sedara sebelah bini aku.
Kenduri kecik je dan rombongan hantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan di SP.
Apa yang nak jadi cerita kami adalah orang last ikut serta. Dah la sesat dan nak jadi cerita lagi handphone aku lak cicir masa isi minyak. Dekat dengan Shell Bidong. Gelabah la cari mana hilang. 
Nasib menyebelahi aku , aci yang jaga pump minyak simpan aku punya handphone. 
Kalau tak dah lesap la tel aku tu dan sapa2 yang aku kenai pun susah nak cari. 

Nak sampai rumah pengantin pun punya la susah. Dah la ikut lambat .... sesat lak. Silap masuk kg dan taman lagi. 

Tapi last2 jumpa gak walaupun dekat 1 1/2jam melilau cari dengan petunjuj yang diberi.

Aku lak dari hari khamis hingga Ahad kena jaga ekspo dgn HCJ @ Matahir. Tahun ni tak berapa meriah macam tahun2 yang lepas. 
Tapi atas tugas dan harapan yang diberikan kami berdua buat la heboh2 kat tapak tu macam biasa dengan lagu dan celoteh kami.

So disini aku pun keletihan. Jd hari selasa ada PTK kat Ipoh .... satu apa pun tak baca... 

Buat je la apa yang mampu..... harap2 boleh jawab la esok.

Untuk semua yang baca ni aku merapu apa tah la ye......  BACA je la 

Friday, November 14, 2008

HnH Perfume 10ml Roll dah SIAP untuk PASARAN

Set WANITA

Set LELAKI

10 Jenis HnH Perfume 10ml Roller 

Seperti yang dikatakan sebelum ini, produk baru akan keluar dan kini dah siap untuk pasaran. 10 jenis bau yang berlainan dibuat dan ada 5 set untuk WANITA dan 5 set untuk LELAKI

Bau-bau yang dipilih adalah yang terbaik dan untuk lihat maklumat lebih lanjut sila lawati 
Disini ada keterangan lanjut dan promosi terkini.


Bagi yang berminat nak oder minyak wangi ini sila la jenguk web site diatas.

Tuesday, November 11, 2008

11.11.2008 aku menaip ....


hari ni aku dapat tambah modal lagi dari rakan niaga aku....

so boleh la tambah apa2 yang patut untuk produk aku ni....

selain itu dengan beban kerja esok yang datang :-

1. meeting anugerah projek (en zaki)
2. poster insentif (rohaizat)

Yang lain2 pun ada lagi tapi ini yang esok 12/11/2008 akan buat. 

Mlm ni ambik perfume  dan maybe kena isi skit sebanyak dlm botol & yang buat sampel pun kena gak.

Harap2 rezeki hujung tahun semakin bertambah. 
ptg td ada dari melaka dan kelantan nak oder minyak. so kena la prepair.

semoga hari mendatang akan memberi rezeki yang berlipat kali ganda ...... insyaallah

Thursday, November 6, 2008

Promosi terbaru HnH Perfume 10ml


Iklan terbaru untuk semua .......
"Kami berhasrat membina empayar minyak wangi tanpa alkohol dengan memperkuatkan ekonomi setiap keluarga dengan memperkenalkan konsep SATU KELUARGA SATU USAHAWAN yang mampu memiliki pendapatan sendiri"

TAWARAN ISTIMEWA KEPADA ANDA YANG INGIN MENJADI PENGEDAR PRODUK TERBARU HnH PERFUME

BERMINAT !!!

Bayaran ke akaun Maybank 157308001388 (MUHD RIZAL ZAINAL)

SMS ataupun email (Nama, Alamat, Jum. Pek, Amaun Bayaran,Tarikh & Masa Pembayaran)

ke 013-5931716 @ shariztrading@yahoo.com

PENGHANTARAN PRODUK PERCUMA

Penghantaran produk akan dilakukan setelah bayaran disahkan dan akan dihantar menggunakan City Link ekpress secara PERCUMA**.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor diatas.

Wednesday, November 5, 2008

Produk Baru - HnH Perfume 10ml


Projek baru minyak wangi

Buat botol roll dalam proses dan akan keluar dalam skit masa maybe minggu depan.
Sapa nak tgk contoh botol boleh ke laman web aku www.myincome2u.com/shariz 

Kepada yang berminat nak cuba boleh la tempah dari sekarang. 
Ada 10 jenis bau .... 5 wanita dan 5 lelaki

Antara bauan tersebut adalah 
Dunhill, Polo Sport, Boss, Hugo XX,CK in 2U Him (lelaki)
Uphoria, B’Delliecius, Black XS, Violet, Pure Purple (wanita)
Harga Jualan RM15.00 / botol

ini adalah label yang bakal ku guna pada botol minyak wangi ku....

Label yang akan digunakan untuk produk for MEN

Label yang akan digunakan untuk produk for WOMEN

Sila tunggu nak tgk hasil produk akhir ye........

Monday, November 3, 2008

HnH Perfume


HnH Perfume – Minyak Wangi Tanpa Alkohol

Shariz Multi Trading buat pertama kali memperkenalkan satu produk minyak wangi yang sebenar-benar yang didatangkan di dalam dua set berlainan pada harga yang cukup istimewa dan ekonomi. Produk ini terhasil kerana wangian HnH Perfume diformulasikan tanpa campuran alkohol atau penambahan air dan dipek 4 botol dalam kotak yang menarik serta mudah dibawa. Wangian minyak wangi yang kekal sepanjang hari walaupun hanya setitik sahaja digunakan berbanding dengan minyak wangi biasa yang terdapat dipasaran.

Minyak wangi HnH Perfume ini diilhamkan daripada minyak wangi jenama antarabangsa yang terkemuka seperti Hugo Boss,Dunhill, DKNY,Calvin Klien,Nina Rich, Cristian Dior, Feraud, Helena, YSL, Bruberry, Jean Patou, Lacoste, Guy Laroche Dan Ralph Laurent dan banyak lagi. Ciri istimewa yang tiada dengan minyak wangi yang lain di pasaran adalah warna-warna yang menarik dari minyak wangi yang dihasilkan oleh pihak kami. Ini adalah satu trade mark bagi minyak wangi kami untuk dibezakan dengan lain-lain produk.

Tiada kesan sampingan jika menggunakan minyak wangi kami hanya haruman yang lebih panjang setiap. Dijamin suci dan bersih serta sesuai digunakan semasa solat. Setiap Set Lelaki dan Wanita mempunyai 4 jenis haruman yang mana telah dilabelkan untuk memudahkan anda mengetahui haruman pilihan anda. Kini anda boleh berjimat dengan harga yang cukup berbaloi kami tawarkan.

Hanya dengan sebotol anda akan dapat menggunakan sehingga 60 kali calitan yang mengharumkan sekitar ruang anda dan pastinya orang akan bertanya ….wanginyaaaa…u pakai minyak wangi apa?

Jangan berlengah lagi tempah sekarang sebelum terlambat…….

……..Dah Cuba Pasti Nak Lagi………

STOKIS DAN PENGEDAR DIPERLUKAN

Syarat & Kelayakan Stokis Negeri :

a) Pembelian minimum 200 pek

b) Harga belian RM6.00/pek

c) Pengedar membeli di Stokis Negeri

d) Nama akan disenaraikan dalam laman web dan iklan

Syarat & Kelayakan Mini Stokis:

a) Pembelian minimum 50 pek

b) Harga belian RM7.00/pek

c) Lantik pengedar sendiri dan beli melalui mini stokis

d) Nama akan disenaraikan dalam laman web dan iklan

Syarat & Kelayakan Pengedar:

a) Pembelian minimum 20 pek

b) Harga belian RM8.50/pek

c) Nama akan disenaraikan dalam laman web dan iklan

Berminat sila

a) Bayaran ke akaun Maybank 157308001388 (MUHD RIZAL ZAINAL)

b) SMS ataupun email (Nama, Alamat, Jum. Pek, Amaun Bayaran,Tarikh & Masa Pembayaran) ke 013-5931716 @ shariztrading@yahoo.com

50 Top Selling Perfumes

Top Selling Perfumes

If you want to know which perfumes other people have bought, take a look at the list below to see our most popular fragrances and aftershaves.

RankProduct
1Paul Smith Extreme for Men 100ml EDT Spray Tester
2Paul Smith for Men 100ml EDT Spray Tester
3Viktor & Rolf Flowerbomb for Women 30ml EDP Spray
4David Beckham Intimately Beckham Night for Men 75ml Aftershave
5Bulgari Aqua Pour Homme 100ml EDT Spray
6Paul Smith for Women 100ml EDP Spray Tester
7Calvin Klein Euphoria for Women 100ml EDP Spray
8Giorgio Armani Emporio White for Women 30ml EDT Spray
9Diesel Fuel For Life for Women 30ml EDP Spray
10Paul Smith Extreme for Women 100ml EDT Spray Tester
11Calvin Klein Eternity Summer for Women 100ml EDP Spray Tester
12Issey Miyake for Men 125ml EDT Spray
13Hugo for Men 100ml EDT Spray
14Clarins Hand and Nail Treatment Cream for Women 100ml
15Paco Rabanne for Men 75ml Aftershave
16Davidoff Cool Water Happy Summer for Men 125ml EDT Spray Tester
17Paul Smith Extreme for Men 100ml EDT Spray
18Viktor & Rolf Flowerbomb for Women 50ml EDP Spray
19Britney Spears Curious In Control for Women 100ml EDP Spray Tester
20Giorgio Armani Emporio She for Women 50ml EDP Spray Tester
21Yves Saint Laurent Opium for Men 100ml EDT Spray
22Revlon Charlie Blue for Women 100ml EDT Spray
23Nina Ricci L'Air Du Temps for Women 100ml EDT Spray Tester
24Celine Dion Belong Perfume for Women 100ml
25Giorgio Armani Emporio White for Women 100ml EDT Spray
26Calvin Klein Eternity Summer for Men 100ml EDT Spray Tester
27Giorgio Armani Emporio He for Men 100ml EDT Spray
28Tigi Bed Head Manipulator 57ml
29Rochas Femme for Women 100ml EDT Spray
30Calvin Klein Obsession Night for Women 100ml EDP Spray
31Givenchy Very Irresistible Sensual for Women 30ml EDP Spray
32Clinique Gentle Wash Shampoo for Women 200ml
33Aramis for Men 120ml Aftershave
34Cacharel Amor Amor for Women 50ml EDT Spray
35Clinique Happy for Women 30ml Perfume Spray
36Lancome Tresor for Women 30ml EDP Spray
37Lacoste Touch Of Pink for Women 90ml EDT Spray
38Viktor & Rolf Flowerbomb for Women 7ml EDP Mini
39Joop Jump Summer Temptation for Men 100ml EDT Spray
40Giorgio Armani Emporio Night for Women 50ml EDP Spray
41Anna Sui Secret Wish for Women 75ml EDT Spray Tester
42Yves Saint Laurent Touche Eclat No 2 Highlighter for Women 2.5ml
43Ralph Lauren Romance for Women 30ml EDP Spray
44Chanel Allure for Men 50ml Aftershave
45Calvin Klein Crave for Men 75ml EDT Spray
46Gucci Rush for Men 10ml EDT Spray Mini
47Givenchy Gentleman for Men 100ml EDT Spray
48Madame Rochas for Women 100ml EDT Spray
49Boss Woman for Women 90ml EDP Spray
50Emporio Armani She for Women 30ml EDP Spray